Sunday 12 May 2013

~~~~HARI LAHIR KE-24~~~~

Assalamualaikum,,bersyukur ke ATASNYA kerana masih diberi kesempatan untuk bernafas dibumi yang indah ini sebagai khalifahNYA. Hari ini bersamaan  2 REJAB 1434 H iaitu 12 MEI 2013, genaplah umur saya 24 tahun.

 Pada tahun ini banyak peristiwa yang menjadi kenangan dalam hidup saya dan mungkin menjadi satu memori dalam hidup saya dan rakan- rakan seperjuangan yang lain. Terima kasih kepada kedua orang tua ku dan juga keluarga kerana telah mendidik diri ini menjadi seorang insan yang seperti ada pada hari ini, Terima kasih kepada pemilik cintaku iaitu seorang lelaki yang banyak mengajar diri ini apa itu erti kesabaran, biarlah pemilik cinta ini terus menjadi tanda tanya dan menjadi rahsia hati ini antara PEMILIK NYAWAKU dan DIRIKU SENDIRI. Kepada rakan-rakan dan para sahabt, perkenalan dengan kalian semua memberi diri ini seribu erti,sejuta rasa dan ikatan ukhwah yang terjalin ini diharapkan akan berkekalan sampai ke hujung nyawa kita. Dalam mencapai usia 24 tahun, berbagai dugaan dan rintangan terpaksa ditempuh untuk ku berdiri seperti diriku pada hari ini. YA LATIF, terima kasih kerana memberiku kesabaran, YA RAHMAN, ku bersyukur kepadamu kerana dikurniakan sifat kasih sayang yang melimpah ruah dan tidak terbanding nilainya. Pahit itu ku telan untuk mencari manisnya dan manisnya sungguh memberi seribu kenikmatan dan biarlah kenikmatan ini terus berkekalan sampai bila-bila walaupun diri ini menjadi korbannya. Kenikmatan dan kebahagiaan yang diperolehi pada hari ini akan menjadi pegangan bagi hidupku dalam mencari diri sendiri yang bersembunyi disebalik satu nama iaitu LAILA AZUA. Tiga minggu lagi saya akan menamatkan pengajian saya di UUM dalam jurusan pendidikan, dan biarlah rezeki yang diperolehi pada masa akan datang nanti memberi ku peluang untuk mendidik anak bangsa pada masa depan agar menjadi khalifah dan insan yang berguna di dunia dan juga akhirat nanti. YA ALLAH, KU BERSYUKUR KEPADAMU KERANA MEMBERI DUGAAN KEPADAKU UNTUK MEMBERI PELUANG KEPADAKU MENCARI ERTI SEBENAR TENTANG HAKIKAT KEHIDUPAN INI. Wahai insan misteri,teruslah memberi sokongan kepadaku untuk menempuhi ini semua, Wahai jodohku, terimalah diri ini seadanya dan jadikanlah kekurangan dan kelebihan yang ada pada diri ini sebagai pelengkap kepada kehidupan dirimu. Andai sudah tertulis jodoh dirimu dan diriku,diriku terima seadanya dirimu, dan seandainya dirimu bukan miliiki,aku meredhai ketentuan ini walaupun perit kerana  aku percaya DIA telah mengatur dan mengetahui apa yang terbaik untuk HAMBANYA. Semoga hari esok dan hari yang mendatang akan mencipta memori yang lebih indah jika diizinkan OELHNYA dan segala pengalaman yang ada akan terus mematangkan diri ini. SELAMAT MENYAMBUT HARI LAHIR YANG KE 24 LAILA AZUA, SEMOGA LAILA AZUA AKAN TERUS KUAT DAN TABAH DALAM MENCARI HAKIKAT TENTANG KEHIDUPAN INI DAN SELALU MENGGEMBIRAKAN HATI KEDUA IBU BAPANYA SERTA MENJADI SEORANG INSAN,GURU,ANAK,ISTERI DAN IBU YANG SOLEHAH UNTUK HAYAT YANG DIKURNIAKAN OLEH PENCIPTANYA...............AMINNNNNNNN

Thursday 9 May 2013

~KELEBIHAN BISMILLAH 6~

Assalamualaikum.........ALHAMDULILLAH & BERSYUKUR DENGAG HIDAYAH DAN PETUNJUKNYA. Jika sebelum ini kita lalai dan asyik mengejar sesuatu yang tidak pasti,akhirnya terbuka hijab itu untuk kita mendekati SERUANNYA satu persatu. Semua ini mengajar kita untuk lebih berfikir tentang PENCIPTA sekalian alam semesta ini betapa besarnya nikmat yang diberikan kepada kita sebagai khalifah di bumi ini. Terpulang kepada kita untuk memilih jalan itu sama ada lurus atau pun bengkok. Saya bersyukur sangat-sangat kerana masih diberi kesempatan untuk bernafas pada saat ini dan berkongsi dengan teman-teman dan sahabat- sahabat tentang fadhilat BISMILLAH 6 kepada kita. Kalau suatu masa dahulu saya pernah lalai,bukan saya sahaja malah kita semua pernah lalai dengan godaan duniawi, jadi marilah kita bersama-sama menghangatkan badan kita dengan alunan zikrullah dan ayat- ayat suci ini. Disini ingin saya berkongsi dengan para sahabat tentang BISMILLAH 6 dan kebaikannya kepada kita semua.

ANTARA KHASIATNYA IALAH :
1. Makbul segala hajat dan cita-cita
2. Luas rezekinya
3. Jika ditiup kepada perempuan nescaya kasih ia kepada kita
4. Menang dalam peperangan
5. Penerang hati
6. Dijuhkan dari segala penyakit