Sunday 12 May 2013

~~~~HARI LAHIR KE-24~~~~

Assalamualaikum,,bersyukur ke ATASNYA kerana masih diberi kesempatan untuk bernafas dibumi yang indah ini sebagai khalifahNYA. Hari ini bersamaan  2 REJAB 1434 H iaitu 12 MEI 2013, genaplah umur saya 24 tahun.

 Pada tahun ini banyak peristiwa yang menjadi kenangan dalam hidup saya dan mungkin menjadi satu memori dalam hidup saya dan rakan- rakan seperjuangan yang lain. Terima kasih kepada kedua orang tua ku dan juga keluarga kerana telah mendidik diri ini menjadi seorang insan yang seperti ada pada hari ini, Terima kasih kepada pemilik cintaku iaitu seorang lelaki yang banyak mengajar diri ini apa itu erti kesabaran, biarlah pemilik cinta ini terus menjadi tanda tanya dan menjadi rahsia hati ini antara PEMILIK NYAWAKU dan DIRIKU SENDIRI. Kepada rakan-rakan dan para sahabt, perkenalan dengan kalian semua memberi diri ini seribu erti,sejuta rasa dan ikatan ukhwah yang terjalin ini diharapkan akan berkekalan sampai ke hujung nyawa kita. Dalam mencapai usia 24 tahun, berbagai dugaan dan rintangan terpaksa ditempuh untuk ku berdiri seperti diriku pada hari ini. YA LATIF, terima kasih kerana memberiku kesabaran, YA RAHMAN, ku bersyukur kepadamu kerana dikurniakan sifat kasih sayang yang melimpah ruah dan tidak terbanding nilainya. Pahit itu ku telan untuk mencari manisnya dan manisnya sungguh memberi seribu kenikmatan dan biarlah kenikmatan ini terus berkekalan sampai bila-bila walaupun diri ini menjadi korbannya. Kenikmatan dan kebahagiaan yang diperolehi pada hari ini akan menjadi pegangan bagi hidupku dalam mencari diri sendiri yang bersembunyi disebalik satu nama iaitu LAILA AZUA. Tiga minggu lagi saya akan menamatkan pengajian saya di UUM dalam jurusan pendidikan, dan biarlah rezeki yang diperolehi pada masa akan datang nanti memberi ku peluang untuk mendidik anak bangsa pada masa depan agar menjadi khalifah dan insan yang berguna di dunia dan juga akhirat nanti. YA ALLAH, KU BERSYUKUR KEPADAMU KERANA MEMBERI DUGAAN KEPADAKU UNTUK MEMBERI PELUANG KEPADAKU MENCARI ERTI SEBENAR TENTANG HAKIKAT KEHIDUPAN INI. Wahai insan misteri,teruslah memberi sokongan kepadaku untuk menempuhi ini semua, Wahai jodohku, terimalah diri ini seadanya dan jadikanlah kekurangan dan kelebihan yang ada pada diri ini sebagai pelengkap kepada kehidupan dirimu. Andai sudah tertulis jodoh dirimu dan diriku,diriku terima seadanya dirimu, dan seandainya dirimu bukan miliiki,aku meredhai ketentuan ini walaupun perit kerana  aku percaya DIA telah mengatur dan mengetahui apa yang terbaik untuk HAMBANYA. Semoga hari esok dan hari yang mendatang akan mencipta memori yang lebih indah jika diizinkan OELHNYA dan segala pengalaman yang ada akan terus mematangkan diri ini. SELAMAT MENYAMBUT HARI LAHIR YANG KE 24 LAILA AZUA, SEMOGA LAILA AZUA AKAN TERUS KUAT DAN TABAH DALAM MENCARI HAKIKAT TENTANG KEHIDUPAN INI DAN SELALU MENGGEMBIRAKAN HATI KEDUA IBU BAPANYA SERTA MENJADI SEORANG INSAN,GURU,ANAK,ISTERI DAN IBU YANG SOLEHAH UNTUK HAYAT YANG DIKURNIAKAN OLEH PENCIPTANYA...............AMINNNNNNNN

Thursday 9 May 2013

~KELEBIHAN BISMILLAH 6~

Assalamualaikum.........ALHAMDULILLAH & BERSYUKUR DENGAG HIDAYAH DAN PETUNJUKNYA. Jika sebelum ini kita lalai dan asyik mengejar sesuatu yang tidak pasti,akhirnya terbuka hijab itu untuk kita mendekati SERUANNYA satu persatu. Semua ini mengajar kita untuk lebih berfikir tentang PENCIPTA sekalian alam semesta ini betapa besarnya nikmat yang diberikan kepada kita sebagai khalifah di bumi ini. Terpulang kepada kita untuk memilih jalan itu sama ada lurus atau pun bengkok. Saya bersyukur sangat-sangat kerana masih diberi kesempatan untuk bernafas pada saat ini dan berkongsi dengan teman-teman dan sahabat- sahabat tentang fadhilat BISMILLAH 6 kepada kita. Kalau suatu masa dahulu saya pernah lalai,bukan saya sahaja malah kita semua pernah lalai dengan godaan duniawi, jadi marilah kita bersama-sama menghangatkan badan kita dengan alunan zikrullah dan ayat- ayat suci ini. Disini ingin saya berkongsi dengan para sahabat tentang BISMILLAH 6 dan kebaikannya kepada kita semua.

ANTARA KHASIATNYA IALAH :
1. Makbul segala hajat dan cita-cita
2. Luas rezekinya
3. Jika ditiup kepada perempuan nescaya kasih ia kepada kita
4. Menang dalam peperangan
5. Penerang hati
6. Dijuhkan dari segala penyakit

Friday 19 April 2013

~SESAT DALAM RINDU~




Assalamualaikum, wah dh berhabuk my blog nim,,,lamanya rasa x meluahkan coretan hati kat blog ni,,ni kalau cik lela on blog ni, x lain x bukan adalah sebab boringlah ni. My roomate x dtg lg,,Apa- apa pun tahun 2013 banyak mengubah cara hidup ku,banyak mengubah pandanganku tentang kehidupan ini dan apa yang penting sekali ialah banyak mempelajari sesuatu yang misteri.Pelbagai dugaan datang dan silih berganti utk menguji kesabaran ini. Alhamdulillah berkat kesabaran akhirnya terserlah kebahagiaan itu. Kadang-kadang kita tidak sedar apa yang ada di depan kita itu sebenarnya adalah yg terbaik utk kita dan kita juga tidak sedar bila hati kita mula jatuh cinta. Kalau dulu bagiku cinta itu perlu bersebab, tetapi kini tidak lagi. Cinta itu tidak ada sebab fizikalnya tetapi cinta itu adalah 1 anugerah yang terindah oleh Penciptanya kepada manusia yang dikehendakinya. Cinta yg lahir di dalam hati ini membuatkan diri ini begitu menghargai sesebuah perhubungan itu kerana bukan senang utk membina satu perhubungan antara dua hati yang saling tidak mengenali antara satu sama lain. Pengalaman yang lalu ku bawakan di dalam perhubungan ini agar ia sentiasa terjalin dan terbina di atasa dasar kerelaan tanpa sebarang paksaan dan tipu daya . Cinta yg datang ini telah banyak mengajarku apa erti kesabaran dan kasih sayang. Kasih sayang itu satu anugerah yang tidak ternilai harganya dan hari ini kasih sayang itu telah meresapi seluruh jiwaku. Terima kasih Ya ALLAH kerana telah memberi hambamu ini dgn kasih sayang yang tidak berbelah bahagi. Rasa ini penuh dgn kebahagiaan utk ku bawa ke dalam hari-hari yang mendatang supaya lebih memahami dan menghargai insan yg ada di sekeliling aku dan sentiasa menjaga setiap perhubungan itu.Lirik lagu ini tersimpan 1001 memori dalam hidupku kerana liriknya mengingatkan aku tentang YANG SATU ITU.

SESAT DALAM RINDU



Ku resah mencarimu dengan akal
Dengan bersama sifat-sifat pinjaman
Kau ku rasakan semakin menjauh
Tersesatlah aku dalam rindu mu

Ku satukan firasat mencari mu
Dan ku terlontar di penghujung alam
Kau masih tidak dapat ku jejaki
Betapa malangnya nasib ku


Kerana mu ku tinggalkan segalanya
Sendiri aku terpedaya
Punya akal dan firasat yang tidak ke mana
Hanya jalan yang sengsara

Zahir musnah bagi yang mimpi
Zahir ada rahsia mencari
Lalu ku selami di dalam diri
Dibawa arus nafas ku
Asal serah janji dahulu
Mula hidup pasti mula cinta

Engkau kasih ada di sini
Engkau kasih ada menanti
Kau kasih aku jua kasih

P/S---->hanya org yg mengerti sahaja dapat mentafsir lagu ini dgn mata hati.

ILHAM

KAU ILHAMKU

Wednesday 25 July 2012

Luahan Hati Seorang Bakal Guru










ASSALAMUALAIKUM......Rasanya lama dah saya x update blog ni,saya bukan minat sgt dgn blog ni,tp sebab saya suka edit-mengedit ni,tu jadi minat jugak tu...sekarang tengah cuti sem,dan sekarang jugalah saya sedang menjalani praktikal di SMK TOK JANGGUT...rupa-rupnya best jugak jadi cikgu ni,macam-macam karenah saya jumpa...HAHHAA...ni semua mengingatkan saya pada guru-guru yang pernah mengajar saya,betullah kata guru saya dulu,bila saya jadi cikgu,saya akan tahu mcm mana susahnya nak mengajar dan bagi pelajar faham. Saya terasa itu cabaran untuk saya dan saya akan cuba buat yang terbaik demi masa depan bakal- bakal pemimpin ini.Saya sebolehnya ingin menjadi seorang guru yang sporting,,cuma kadang- kadang saya jadi garang sebab tension bil;a kerja rumah saya bagi,mereka x siapkan,pastu ciap bagi alasan sebijik sama masa saya skolah dulu,tu yang tak boleh blah tu....HAHAHA(ada hati nak tipu cikgu ya):p
Apa-apa pun saya sgt sygkn pelajar saya dan seboleh-bolehnya saya nak tengok mereka berjaya kerana saya tidak pernah mahu melihat mereka gagal....:p

Sunday 1 January 2012

Disaat aku mecintaimu

Tiba-tiba malam ni terjaga dari tidur tepat jam 1.45 a.m....x tahulah kenapa, mungkin kerana mimpi buruk kot......tp mmg mpi buruk pun. ..Biarlah aku saja yang tahu mimpi tu, mimpi yang menjadi realiti dalam hidup aku......Dia adalah harapan aku, harapan aku untuk terus berjaya dalam hidup ini, dia yang banyak memberi semangat kepada aku tika aku dilanda kesusahan......tapi kini tidak lagi, aku keseorangan, sepi tanpa dia. Walaupun hakikatnya dia milik aku, tapi aku terasa jauh dengan dia, aku tak mampu memilikinya seperti dulu lagi.....wahai hati...tabahlah........tabah dalam menerima dugaan ini.insyaallah.....di depan sana, pasti ada kemanisan bagi setiap penderitaan....
Lirik lagu ni aku tujukan khas untuk dia....khas untuk dia...


Mengapa kau pergi, mengapa kau pergi
di saat aku mula mecintaimu
berharap engkau jadi kekasih hidupku
malah kau pergi jauh dari hidupku
menyendiri lagi, menyendiri lagi
di saat kau tinggalkan diriku pergi
tak pernah ada yang menghiasi hariku
disaat aku terbangun dari tidurku
aku inginkan dirimu'
datang dan temui aku
kan ku katakan padamu
aku sangat mecintaimu
aku inginkan dirimu
datang dan temui aku
kan ku katakan padamu
aku sangat mecinta....


Sunday 27 November 2011

Bola, Bola & Bola

Selamat malam semua....
Malam ni cik lela nak cite pasal bola..tak tahulah kenapa cik lela ni minat sangat dengan bola...ni semua pasal ronaldo lah...first time tengok player hensem macam die,,terus je cik lela minat bola.hehe...masa tu minat sangat-sangat kat kelab MU, lepastu ikut plak perkembangan Malaysia,kena pula Malaysia menang sukan sea kat Vietnam,pastu Piala AFF SUZUKI dan yang terbaru sukan sea Indonesia pulak,makinla bertambah-tambah minat cik lela kat arena bola sepak ni....erm walaupun malaysia kalah kat bahrain malam ni,apa-apa pun cik lela tetap nak ucap tahniah pada skuad Harimau Malaya...hehehe...lebih-lebih lagi kat nazmi, sebab main dengan bagus sekali walaupun umur baru 17 tahun..Apa-apa pun kita tunggulah tahun 2012 pulak,,nak tengok liga super dan liga malaysia..mintak-mintak kelantan menanglah..hehehe..Gomo Malaysia Gomo....Gomo Klate Gomo...:p

Zasssss....Jom layan gambar cik lela masa tengok bola sepak tempoh hari...









Malaysia lawan Singapura








Malaysia lawan Taiwan



















   Ni masa final piala malaysia 2010 kat bukit jalil, Kelantan menang lawan N.9






















Ni pulak masa semi-final piala Malaysia kat kedah.Masa ni kelantan menang lawan kedah.heheh..